Tuesday, April 19, 2011















Salam pada semua rider2 mtb semalaysia.Selepas puas berehat dari Giant UTM mtb quest 2011,kami kayuh XC ke Teluk Sengat.bergerak pada pukul 9pg menuju ke jambatan.sampai jambatan kami relaks kejap.....teguk air dan sesi bergambar.kalau tengok...mmg dah siap jambatan ni.....tapi masih belum dibuka pada orang ramai.kemudian kami masuk ke kawasan perumahan pekerja binaan.jalan tanah merah.punyala banyak bukit kena tempuh sebelum kami sampai di simpang masuk teluk sengat.kami terus singgah di gerai "bersamamu" untuk mengisi perut dan mehilangkan dahaga.masa ni dah tak kira la...walaupun ais tu boleh menyemputkan tapi tagak je.tekak dah kering kontang.selepas kenyang....kami terus masuk ke teluk sengat sehingga ke jeti terapung.sesi bergambar terus dijalankan.mmg cantik pemandangan dari jeti ni.nampak tersergam jambatan dari jauh.
dah puas bergambar...kami meneruskan kayuhan untuk pulang.cuaca dah makin panas.mmg mcm kura2 la lepas ni mengayuh.selepas di jambatan,,,,,,ada pulak yang krem.nasib la bawak spray krem.terpaksa pelan2 kayuh sampai di kawasan tol cahaya baharu.lepak kejap bawah tangki air.mmg best.sejuk je.dah mcm hotel plak masing2 lepak bawah tangki air.dalam perjalanan pulang,tetiba cuaca menjadi gelap.sekali hujan lebat da.nak berhenti teduh kang lambat plak.kami meneruskan kayuhan walaupun hujan yang sangat lebat dan angin kencang.sakit mata ni kena terjahan air hujan walaupun dah pakai gogel.alhamdulillah....takde petir.kalau ada mmg takut nak teruskan kayuhan.tiba di rumah masing2 pada pukul 1 petang.

Xc ke Teluk Sengat

di atas jambatan ke teluk sengat
masih di atas jambatan ke teluk sengat
dari pandangan atas di jambatan ke teluk sengat
kita sarap dulu di gerai "Bersamamu".Banyak betul menu mcm lunch la plak
konon-konon bukti la sampai kat teluk sengat.heheheehhe

Xc ke Teluk Sengat

rizal bergaya depan papan tanda.

di atas jeti terapung berlatarbelakangkan jambatan

Sharif dengan aksi selamba atas sampan sesapa je

tukar cameraman plak.masih atas jeti terapung

aksi solo atas jambatan yang sempat dirakam oleh cameraman sebelum beliau krem