Saturday, May 1, 2010

Xpdc Sungai Layang Part 2

Salam kepada semua rider2 seluruh Malaysia khususnya sekitar pasir gudang.dah lama aku tak bercerita dalam blog ni....letak gambar je.bukan takde masa tapi kadang2 tu kepala blur je nak bercerita.so kali ini,aku kenala juga bercerita.
trip kali ni,adalah ke Sungai Layang kali kedua oleh team Momentum.aku bergerak dari kg pasir putih bersama din kemudian saing mat robi di masjid taman pasir putih.kami bertiga singgah sebentar dipetronas cahaya masai untuk pam tayar basikal.bila dah setel,kami terus bergerak ke restoran kampung kopok.disana sudah ada 7 orang menunggu.aku dapati salah satu basikal mereka sedang diperbaiki.last2 basikal tu x dpt diperbaiki kerana tiada spare part dan brader yg baru join terpaksa membatalkan hasrat untuk berkayuh.sedang kami bersiap2 nak bertolak,kami ternampak seorang brader sedang mengayuh sorang2.kami ajak dia join sekali.jadi seramai 10 orang bertolak dari kg kopok.
perjalanan ke sungai layang mmg mencabar dengan bukit2 tinggi yang tak habis2.terutama di peringkat awal.kemudian bukit demi bukit kami tempuhi untuk sampai ke sungai layang.sepanjang perjalanan aku berkayuh sorang2.tak larat nak kejar yg kat depan.kat belakang aku ada 4 orang lagi.akhirnya kami berjaya tiba di sungai layang dan berehat di hadapan tasik simpanan air.untuk menunggu 4 org lagi.salah seorang darinya mengalami kekejangan otot tapi berjaya juga sampai.dia kata dah 3 bulan tak berkayuh.kemudian kami pergi ke restoran untuk minum.setelah berehat selama 1/2 jam,kami sambung semula perjalanan.cuaca pula semakin panas terik.dengan tenaga yg dah kurang tambah lagi panas...perjalanan balik begitu memeritkan.tapi semangat tetap berkobar2.itulah yang membuatkan aku tetap terus berkayuh walaupun peha dah rasa sengal2.tiba di restoran kg kopok,sekali lagi kami berhenti rehat untuk minum.kalau sebelum ni mmg aku tak sentuh ais kerana bimbang pancit tapi kali ni tekak dah takleh tahan.aku bantai jugak milo ais.lega jangan ceritala.heaven beb.sambil minum,kami berbincang sambil bertukar2 pendapat.walaupun kebanyakan baru pertama kali kenal,tetapi kami tak rasa kekok untuk berbual dan bergurau.
dari situ kami berpecah,aku dan 5 orang lagi mengayuh ke arah cahaya masai.selepas taman pasir putih tinggal aku berdua dengan din.matahari dah tegak atas kepala.tapi kayuhan tetap diteruskan.takkan sesekali aku menolak walaupun penat.wat malu team momentum je.alhamdulilah,akhirnya aku sampai dirumah tepat dengan bunyi azan zuhur.walaupun penat tapi kepuasannya cukup terasa.

No comments:

Post a Comment