Wednesday, June 9, 2010

Kembara Malam Tanjung Langsat

Salam semua kepada "gerekers".pinjam loghat kedah sat no.sorryla dah lama x update blog ni.bukan bz ke atau xde xtvt yg dijalankan team momentum tapi bahan2 mentah takde nak di letakkan dalam blog ni.baru2 team kami dengan bantuan profesional team PG GEREK,telah meredah salah satu trek basikal yang cukup terkenal dan mencabar.nanti aku akan update secepat yang mungkin setelah mendapat bahan2 mentah daripada Chief Momentum iaitu Bro Jeff.
kitaorang baru je balik dari mengayuh ke Tanjung Langsat untuk menikmati suasana malam yang cukup menyamankan serta keenakan mee udang.Betul-betul Ho Liaw!.aku bergerak seorang dari kg pasir putih dan bertemu dengan Mat Robi dan Hafiz di simpang ke Taman Pasir Putih.Kemudian kami disertai lagi 7 orang iaitu Jeff,Zamri,Wak Razni,Bro Ai,Ahmad,En.Shariman,dan Faizal Haron.
Dalam perjalanan ke tanjung langsat,ada juga yg gian nak berlumba.dah lama x berkayuh,bila dapat berkayuh masing2 nak tunjuk power.kira2 10 minit kemudian kami sampai dengan selamat.mood yg hepi menjadi muram setelah tokey kedai menegur kami meletak basikal di laluan masuk.katanya nanti customer dia nak masuk susah.pelik jugak,sedangkan kami ber10 ni bukan customer dia ka pe.kerek betul la.nanti pakat2 boikot baru dia tau.bukannya sampai tutup jalan.lainla ada gajah nak lalu,mmgla x muat.takpelah,oleh kerana masing2 dah lapar dan kehausan kami buat tak tau je.sambil2 menjamu selera kami berbincang tentang aktiviti2 yg bakal dijalankan.antara aktiviti yg bakal dijalankan ialah family day di desaru.sambil2 berkelah dengan keluarga,kami akan mengayuh disekitar kawasan desaru.mungkin akan diadakan selepas hari raya puasa.kira2 jam 10 kami pun bertolak pulang,tetapi sebelum tu kami lepak jap kat jeti.

No comments:

Post a Comment