Saturday, July 17, 2010
Xpdc ke Senibong
Salam kepada semua Gerekers2 semua.agak lama juga tak berxpdc.jadi kali ini dengan seramai 10 org gerekers,berkumpul di Taman Pasir Putih.kemudian bergerak ke arah Tasik Bukit Layang.melalui Kampung Pasir Gudang Baru dan menaiki jambatan ke Taman Rinting.kami singgah sebentar di Jeti Kuala Masai sebelum menyambung perjalanan ke Taman Megah Ria.Kami melalui Highway yang masih dalam pembinaan.dengan adanya highway ini,perjalanan dari pasir gudang ke bandar johor bahru hanya mengambil masa 15 minit.cuaca pun redup je.serta hujan renyai2.perjalanan kali ini tidak banyak cabaran dilalui kecuali jalan tanah merah dan lecak.akhirnya kami tiba di Senibong.kawasan agak lengang.tapi kalau malam,nak cari parking pun payah.kami mengeTEH di restoran Senibong apa ntah.dah lupa plak.roti canai dia mmg sedap.highly recommended.setelah kenyang,kami bertolak pulang.mmg syok kalau dapat melakukan aktiviti seperti ini beramai2.kalau nak kayuh sorang2 sampai ke senibong,dalam mimpi je la.bukan setakat syok je,aktiviti berbasikal ini boleh membakar kalori,bagus untuk jantung dan mengeluarkan peluh.paling kritikal yang kerja dipejabat dan yang kurang bergerak.setelah puas besarkan jamban,elok juga hujung2 minggu kita berbasikal beramai2.Seronok dan Sihat.InsyaAllah,kami akan ke Seri Alam pada 25hb ni.sesiapa yang nak join tu bolehla kontek Bro Jeff.Adios~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment