Sunday, August 8, 2010
XC ke Kota Tinggi
Salam ramadhan kepada semua umat islam,oleh kerana bulan ramadhan kian menjelang kami telah merancang mengayuh XC sebagai penutup sebelum menjalani ibadah puasa.ini bukan bermakna kami tak mengayuh sepanjang bulan ramadhan,tetapi mmg agak sukar mengayuh XC tanpa minum air.XC kali ini kami telah menjemput Wak Sukar sebagai Marshall dengan dibantu oleh Imran RM.trail yang bakal kami lalui masih baru,hanya baru 3 kali dilalui oleh gerekers. kami semua berkumpul di Restoran Kg Kopok.sambil menanti kawan2 yang lain sampai....Wak Sukar sempat mengadakan kelas memasang carrier.mcm2 gaya aneh carrier yang dipasang oleh geng2 momentum.biasalah....masing2 first time pasang carrier.syukurlah ada Marshall yang berpengalaman macam Wak Sukar.kemudian kami terus bergerak ke Sungai Tiram dan meletakkan kereta di rumah kawan Wak Sukar. kami melalui jalan raya yg mencabar juga.naik bukit turun bukit...ada la 20 bukit kena daki.belum masuk offroad....tenaga dah diperah2.ada la 10km untuk kami sampai ke Ladang Nam Heng tempat masuk ke OFFROAD.masuk OFFROAD pun sama gak.....jalannya berbukit bukau.nasib baik Wak Sukar banyak memberikan kami tips2 dan kata2 semangat untuk meneruskan kayuhan yang mantap.akhirnya kami tiba di KIPMART Kota Tinggi.Setelah puas minum dan makan,kami bertolak pulang melalui jalan di bandar kota tinggi yang agak sibuk.agak risau juga kerana kenderaan banyak dan laluan utk mengayuh agak sempit.perjalanan pulang menjadi begitu mencabar kepada yang perutnya penuh melantak nasi.bukit yang tak berapa tinggi pun begitu payah hendak didaki.akhirnya setelah bersusah payah dan menahan tekanan mental,kami berjaya sampai di Sungai Tiram pada pukul 4petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment