Monday, November 22, 2010

Xc Ke Sungai Layang

Xc kali ni banyak juga dugaan menimpa.dugaan pertama agak ramai juga yang tarik diri atas sebab2 tidak boleh dielakkan.lepas tu ada dua basikal yang terjatuh dari rear carrier.nasib baik x kena lenyek dengan lori ke.kalau tak hancur la harapan.bukan ada insurans pun basikal ni.dah sampai kat tempat berkumpul,ada pulak yang tertinggal kasut.apa punya cerita da.lenkali pakai kasut je senang.mujur ada bro sariman yang duduk berdekatan yang sudi meminjamkan kasut nike yang masih putih melepak.member yang nak pinjam pun naik segan.ketika sesi memanaskan basikal,kapten plak ada problem.rantai putus.maybe masa basikal dia jatuh tadi kot.nasib baik bro sulaiman ada bawak klip spare.setel lagi satu masalah.patah tumbuh hilang berganti.....ada seorang rider yang sedang mengejar kumpulan dia akhirnya join xc kami.jadi kami ber-11 pun bertolak.baru tak sampai sekilometer mengayuh,bro ramli plak mengalami masalah teknikal ketika mendaki bukit di felda cahaya baharu.rupa2nya bearing crankset pecah.frust member tu.terpaksa patah balik.tinggal lah 10 orang.....ketika dalam perjalanan ada juga rider yang mengalami kepala ting-tong terpaksa berehat sekejap.rata2 rider yang mengayuh semuanya baru balik keje shift malam.mungkin kekurangan oksigen.seperti biasa kami lepak di restoran rakit hussein.milik salah seorang rider yang join xc.setelah puas makan2 dan minum2,kami bertolak pulang dan kali ini melalui jalan short cut katanya sambil tersenyum bro tu berkata.mcm ada muslihat je.rupa2nya mmg btul.dah lah perut penuh dengan matahari terpacak atas kepala.kat depan mata 3 bukit tinggi kena redah.alhamdulillah semua bukit dapat kami daki dengan hensemnya.lepas bukit terakhir....semua terpaksa lepak kat tepi dulu sambil menikmati aiskrim.recharge bateri kata mereka.

Xc ke Sungai Layang





Xc ke Sungai Layang





Sunday, August 8, 2010

XC ke Kota Tinggi

Salam ramadhan kepada semua umat islam,oleh kerana bulan ramadhan kian menjelang kami telah merancang mengayuh XC sebagai penutup sebelum menjalani ibadah puasa.ini bukan bermakna kami tak mengayuh sepanjang bulan ramadhan,tetapi mmg agak sukar mengayuh XC tanpa minum air.XC kali ini kami telah menjemput Wak Sukar sebagai Marshall dengan dibantu oleh Imran RM.trail yang bakal kami lalui masih baru,hanya baru 3 kali dilalui oleh gerekers. kami semua berkumpul di Restoran Kg Kopok.sambil menanti kawan2 yang lain sampai....Wak Sukar sempat mengadakan kelas memasang carrier.mcm2 gaya aneh carrier yang dipasang oleh geng2 momentum.biasalah....masing2 first time pasang carrier.syukurlah ada Marshall yang berpengalaman macam Wak Sukar.kemudian kami terus bergerak ke Sungai Tiram dan meletakkan kereta di rumah kawan Wak Sukar. kami melalui jalan raya yg mencabar juga.naik bukit turun bukit...ada la 20 bukit kena daki.belum masuk offroad....tenaga dah diperah2.ada la 10km untuk kami sampai ke Ladang Nam Heng tempat masuk ke OFFROAD.masuk OFFROAD pun sama gak.....jalannya berbukit bukau.nasib baik Wak Sukar banyak memberikan kami tips2 dan kata2 semangat untuk meneruskan kayuhan yang mantap.akhirnya kami tiba di KIPMART Kota Tinggi.Setelah puas minum dan makan,kami bertolak pulang melalui jalan di bandar kota tinggi yang agak sibuk.agak risau juga kerana kenderaan banyak dan laluan utk mengayuh agak sempit.perjalanan pulang menjadi begitu mencabar kepada yang perutnya penuh melantak nasi.bukit yang tak berapa tinggi pun begitu payah hendak didaki.akhirnya setelah bersusah payah dan menahan tekanan mental,kami berjaya sampai di Sungai Tiram pada pukul 4petang.

XC ke Kota Tinggi


kelas tambahan pemasangan carrier

antara gaya aneh penggunaan carrier

wajah-wajah ceria sebelum mengayuh


wajah2 separa ceria setelah mengayuh


baru masuk OFFROAD


kita minum dulu


sampai juga kat kipmart KOTA TINGGI


bertolak pulang


apa2hal kita snap dulu


sabar mematuhi lampu isyarat


perlindungan extra dari pancaran matahari


sesi sapu yoko-yoko


setelah disapu yoko-yoko,kembali bertenaga


tiba di ladang Nam Heng.sesi red bull.


Wednesday, July 28, 2010

Kayuh offroad Seri Alam


peh.........mmg aku tunggu-tunggu nak masuk track seri alam yang dikatakan sangat mencabar bagi beginner mcm aku ni.mendengar cerita-cerita dari dorang yang dah masuk mmg cukup teruja.
so kali ini seramai 29 orang biker join kayuh.kami bergerak dari balai polis taman scientex dan bertemu geng2 PG GEREK yang bertindak sebagai MARSHAL.
dalam perjalanan kami ada berjumpa dengan team2 lain seperti CYCLEMOTION.
mmg benar seperti dikatakan,track seri alam ni mmg cukup mencabar dan menyeronokkan.bermacam2 bentuk muka bumi kena tempuh.yang paling best...menempuh air paras lutut sambil mengayuh.best giler wa cakap lu.tetapi lelama rasa kepenatan tahap super.dengan air pun dah kehabisan.rupanya nak minum air pun ada teknik...xleh main belasah je.mmg x cukup walau bawak satu tong air.dan punca pada cepat penat juga.

Kayuh offroad Seri Alam


sebelum masuk ke jalan OFFROAD


rehat sekejap menanti biker yang mengalami
kerosakan teknikal dibahagian hangar


sambil tunggu sempat snap beramai-ramai


di kawasan plentong


didepan kawasan tasik


kapten momentum sedang serius berbincang


sesi charge bateri


oleh kerana ramai....terpaksa pecah 3 gambar


area tengah


area kiri


melintasi empangan di seri alam.
gara-gara terpisah dengan kumpulan.

Saturday, July 17, 2010

Xpdc ke Senibong


Salam kepada semua Gerekers2 semua.agak lama juga tak berxpdc.jadi kali ini dengan seramai 10 org gerekers,berkumpul di Taman Pasir Putih.kemudian bergerak ke arah Tasik Bukit Layang.melalui Kampung Pasir Gudang Baru dan menaiki jambatan ke Taman Rinting.kami singgah sebentar di Jeti Kuala Masai sebelum menyambung perjalanan ke Taman Megah Ria.Kami melalui Highway yang masih dalam pembinaan.dengan adanya highway ini,perjalanan dari pasir gudang ke bandar johor bahru hanya mengambil masa 15 minit.cuaca pun redup je.serta hujan renyai2.perjalanan kali ini tidak banyak cabaran dilalui kecuali jalan tanah merah dan lecak.akhirnya kami tiba di Senibong.kawasan agak lengang.tapi kalau malam,nak cari parking pun payah.kami mengeTEH di restoran Senibong apa ntah.dah lupa plak.roti canai dia mmg sedap.highly recommended.setelah kenyang,kami bertolak pulang.mmg syok kalau dapat melakukan aktiviti seperti ini beramai2.kalau nak kayuh sorang2 sampai ke senibong,dalam mimpi je la.bukan setakat syok je,aktiviti berbasikal ini boleh membakar kalori,bagus untuk jantung dan mengeluarkan peluh.paling kritikal yang kerja dipejabat dan yang kurang bergerak.setelah puas besarkan jamban,elok juga hujung2 minggu kita berbasikal beramai2.Seronok dan Sihat.InsyaAllah,kami akan ke Seri Alam pada 25hb ni.sesiapa yang nak join tu bolehla kontek Bro Jeff.Adios~

Berkumpul di Taman Pasir Putih















Aksi-Aksi Kayuhan


Kapten Momentum Bro Jeff

Bro Din(baju kelabu) dan Wak Razni

Bro Imran dengan T-Bolt Proton-nya

Bro Zul(helmet biru) dan Bro Tasir

Aksi Bro Ramli yang 1st time join tetapi maintain cool jek.takde krem.cayalah bro.

Aksi jaguh Momentum Bro Muja.

Bro Sariman beraksi sebagai STOPPER





















Tiba di Senibong

MengeTEH di Restoran Senibong